Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, November 10, 2011

MALANG TU XBERBAU.....SO, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN...

Siapa Sebenarnya Perlukan Insurans?


Masyarakat kita selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan insurans. Golongan yang banyak duit selalu menyangka, orang yang kurang duit, yang sepatutnya ambil insurans kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan dan sebagainya. Golongan yang kurang duit pula menganggap, insurans ini hanyalah untuk orang yang banyak duit sahaja kerana mereka mampu membayarnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Sebenarnya, tidak kira sebanyak mana pendapatan yang anda terima, semua orang perlukan insurans kerana insurans memainkan peranan yang berbeza di antara golongan banyak duit dan golongan kurang duit.


 

Ternyata dengan memiliki insurans, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya, anda berpendapatan rendah sahaja. 

 

 

Apa akan berlaku sekiranya perkara-perkara berikut terjadi pada diri anda, HARI INI…

 

+ Kemalangan
+ Disahkan Menghidap Penyakit Kritikal
+ Meninggal Dunia
+ Lumpuh Atau Hilang Upaya Kekal

 

 

Bagaimana anda dan keluarga menghadapi situasi ini?Apa yang akan berlaku terhadap isteri, anak-anak dan ibu bapa anda?
Sudahkah anda membuat persediaan yang secukupnya?
Jika belum, biar kami yang menguruskannnya untuk anda.
Jangan biarkan diri dan keluarga anda menderita kerana akibat kecuaian anda.

 

 

Mudah sahaja! Dengan hanya dari RM100 sebulan, anda sudah boleh memiliki Pelan PRUlink yang Fleksibel dan Menyeluruh, serta Kad Perubatan PRUhealth daripada PRUDENTIAL (PAMB).

 

 

 

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAD PERUBATAN PRUhealth PRUDENTIAL?

 

 

Medical Card Prudential adalah satu manfaat tambahan dalam polisi khas untuk perlindungan bil perubatan. Antara kelebihannya adalah seperti berikut :

    
 

• Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun yang tinggi.
• Had seumur hidup yang tinggi (RM500,000 hingga RM1,500,000)
• Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda.
• Perlindungan 24 jam diseluruh dunia.
• Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 65 buah hospital panel seluruh Malaysia.
• Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital.
• Penjagaan jururawat di rumah.
• Pembedahan balik hari (Day Surgery)
• Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
• Rawatan Dialisis buah pinggang
• Rawatan Kanser
• Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun
• Dan banyak lagii……

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Dengan adanya KAD PERUBATAN PRUhealth PRUDENTIAL anda hanya perlu menunjukkan kad ini sebagai JAMINAN untuk menerima rawatan segera dan selesa di Hospital Pakar Swasta yang cekap, mudah kan?? . Segala urusan bil, serahkan pada kami PRUDENTIAL uruskan!

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Thursday, October 27, 2011

where is da love


MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1.Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2.Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3.Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4.Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5.Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Monday, October 24, 2011

Sunday, October 23, 2011

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.
Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?
(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.
(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.
(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Friday, October 21, 2011

otomen chomot

Hari tu, balik rumah je, izz terus on pc, then cari kat utube...

izz: ami, chomot ! chomot!
ami: chomot? abg nak apa? 
izz: chomotla ami....ami ni...


as a mummy yg xberapa nak paham, tolong r carikan...tapi sebab xpaham, mmg xjumpa r, kan... then, daddy pun smp.

izz: addi, chomot, adi, chomot!. (smbl buat muka simpati)
addi: ye lah, meh addi carikan..

mummy yg dah cam give up,bagi ruang kat daddy utk carikan...baru 2-3 klik, izz dah happy smbil joget2..


hmm rupanya....

jom layan sambil joget2

p/s: chomot = ultraman cosmos




Thursday, October 20, 2011

BUDAK 2TAHUN YANG DIGILIS DI CHINA


Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?

Salam hormat,

Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang
hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu
budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.



Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."


Jom kita baca...

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun
kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.
Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu
buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan
kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.
Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada
korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain
dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik
dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,
sila jangan tolong..

Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong,
orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik
yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung
sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...
Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri
sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...
Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya
dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong
seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong
maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die
so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa
menanggung kos perubatan org tua tu..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.
Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat
budak tu, diorang yang kena tanggung.


Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die
langgar budak perempuan tu?

Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan
die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan
dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda
lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die
kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu
dengan harapan budak tu akan mati.

Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar
hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...



Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...

JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri...
Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.










Wednesday, October 19, 2011

di setiap gambar, ada lagu...






macam ada dengar lagu x? ..... tiba2 windu nak menatap muka newborn ni....
dia lahir 03-02-11....so dah almost 9month dah
masa lahir berat dia 3.73kg je, skarang dah 9kg ++....  
next time letak latest pic he n his bro plak.....ok...